Monday, December 14, 2009
D50 in Mecca
Pagi ni semua jemaah SMAS telah check out dari Hotel Al-Saha dan menuju ke Madinah pulak..untuk 8-9 hari...sebelum berangkat balik ke M'sia..saya tak pergi hantar dia org...dok kat clinic je...
Salah seorang medical officer di Pusat Rawatan Syisyah(PRS) telefon dan meminta agar datang buat ultrasound di PRS untuk seorang pt. OK no problem. Ambulan akan dtg ambil lepas zohor. tgu punya tunggu, ambulan sampai dah dekat asar...so tak boleh masuk dekat hotel...kena la jalan sikit..sampai PRS lebih kurang pkul 4ptg...tunggu pulak pt turun bilik ultrasound..lambatnya..dekat 4.30ptg baru boleh buat...no feature to suggest obstructive jaundice..lepas tu tunggu pulak ambuln utk hantar balik ke hotel al-saha...tak de pulak pemandu. dah keluar ambil pt...so kena tunggu...sampai masuk waktu maghrib...pegi solat maghrib berjemaah di roof top..la mlm ni ada jamuan nasi mandi-kambing lepas solat isyak...hajat nak balik jugak sbb takut pt ramai...kesian pulak kat hj Jamal...tapi lepas tu Dr Fuaz pulak info ada satu lagi pt untuk buat ultrasound...katanya pt akan sampai pukul 7.30mlm...so tunggu la...info kat hj jamal yg ada pt lagi utk buat ultrasound...lebih kurang 7.40mlm, pt sampai dgn Dr helmi...la biar dia buat la ultrasound tu lagi pun dia tau pasal pt tu...memandangkan dah masuk isyak, pegi solat isyak dulu...lepas solat, makan nasi mandi dulu...banyaknya...satu dulang makan 3 org...tak habis... lepas tu Dr Fuaz inform yang mulai esok kena kerja kat Janadriah(maktab 76) ganti Dr Helmi sbb dia kena balik M'sia accompany patient...ish ruginya...tapi tak pe la...sabar...dah 2 bulan boleh bersabar, tak kan 2 minggu tak leh pulak...sabar...
so inform wife yg kena keja tempat baru...belum tentu lagi ada free line ke tak...kalau ada,boleh la oovoo lagi...kalau tak, kena guna HP je atau broadband mobily...
lebih kurang pukul 9.30mlm, sampai ke al-saha...beberapa barang pun diangkut dengan ambulan...
kemudian halim dan manan (pengurusan al-saha) dan ustaz azhar(FELDA) ajak makan nasi mandi jugak...pegi la makan...sikit je...ambil syarat makan sbb org ajak...
lepas tu naik kat bilik dan basuh beberapa helai kain, memandangkan esok nak kena keja tempat lain pulak....
lebih kurang pukul 12 mlm...oovoo dgn wife...kejutkan dia dari tidur...terpaksa dia bgn...kat M'sia pukul 5 pg...kesian..tapi dia sanggup bgn utk chat&show...alhamdulillah dapat bini mcm ni yg sanggup berkorban utk husband dia...lebih kurang pukul 1.30 pg tidur...last tidur di al-saha...tidur kat dlm clinic..
Sunday, December 13, 2009
D49in Mecca
Kejadian mengejutkan;
1. Pesakit yang dirujuk semalam ke Pusat Rawatan Syisyah telah dirujuk ke Hospital Arab dan meninggal. Dikatakan mendapat heart block secondary to AMI.
2. Diberitahu bahawa penerbangan pulang adalah pada 28/12/2009. Telah telefon kpd kawan satu sekolah menengah dulu dan minta tolong agar boleh menukar penerbangan disebabkan pada 27/12 anak nak start sekolah dan wife pulak kena lapor diri ke USM. Harap-harap dia dapat tolong.
3. Isi SKT bagi petugas perubatan sewaktu bertugas di tanah air. Kena buat penilaian kepada org bawahan iaitu PPP. bagi markah baik serta komen yang baik spt mencadangkan agar dipilih mengikuti rombongan perubatan di masa hadapan.
Monday, October 26, 2009
D3 in Medina
hari ni pegi ke pusat Rawatan Alaudin, salah sebuah hospital Malaysia di Madina. Kat sini, petugas perubatan yang baru diberi taklimat mengenai tempat bertugas di Madinah serta tanggungjawab masing2.
Saya ditempatkan di klinik di Hotel Movenpick iaitu Klinik Zon 2, salah satu dari klinik malaysia di Madinah. Satu lagi terletak di Hotel Al-Haram(zon 1)...tapi saya tinggal di hotel al-Haram
Sunday, October 25, 2009
D2 in Medina


25/10/2009;
sewaktu sampai di Hotel Al-Haram,jumpa dengan Hj Karim, petugas kebajikan TH yang sama-sama mengikuti kursus teras TH di Kuala Lumpur. Dia ditempatkan di hotel Al-Haram.
Waktu pagi, sarapan pagi dengan dia. Lepas tu dia bawak pegi jalan2 keliling Madinah...sampai ke Masjid Nabawi...Alhamdulillah, sampai jugak ke masjid nabi..
Selepas keliling masjid nabawi, balik ke hotel dan tidur.
Saturday, October 24, 2009
D1 in Medina
Lebih kurang pukul 3ptg, check-in. teramat sedih nak meninggalkan keluarga. menitis jugak air mata...kena pulak tgk anak2 menangis...maklum la tak pernah nak tinggal begitu lama.
Kat departure bay, jumpa Dr Azmi(sekarang MO anest HKT). ini kali ketiga beliau bertugas. Rezeki dia la...Jumpa juga Atan(physiotherapist HKT) yg juga kali kedua bagi dirinya.
bertolak dari Lapangan Terbang Kuala Terenganu pukul 7mlm dan sampai di Madinah pukul 4pagi(M'sia) atau 11mlm(Madinah). turun dari flight, tukar sim card dan cuba call wife, tapi tak dapat. hanya boleh SMS je...tak pe la...
Lepas tu pegi toilet...hanya 3 bilik air disediakan untuk jemaah lelaki...ramai kena beratur...ambil air sembahyang dan solat jamak maghrib dan isyak...Kat sini jumpa DrZairudin...dia sebagai doktor airport dan diberi lesen khas agar dapat berada di dalam balai ketibaan.
lebih kurang pukul 4.30pagi, dah masuk waktu solat subuh....ambil air sembahyang dan solat subuh dulu.
Untuk pemeriksaan kastam, perlu meletak kesepuluh jari ketempat yg disediakan dan mengambil gambar...Clear pemeriksaan kastam pukul 5pagi(Madinah). Petugas perubatan dihantar dengan ambulan dan menginap di Hotel Al-Haram....First night in Bumi Medinah...
Tuesday, September 1, 2009
Solat Sunat Dhuha
SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Wednesday, August 26, 2009
Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah
Terjemahannya:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah
1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Ilmu pemanis alhikmah yang berasal dari ayat al-qur'an ialah surah at-taubah. Dan surah ini memiliki banyak khasiatnya, antaranya ialah:
1. Penunduk
2. berkarisma
3. Perukun suami / isteri
4. Orang akan segan
5. penjahat akan takut melihat atau menggangu
6. Rezeki yang sempit akan di luaskan dan akan mendapat rezeki dengan tidak disangka (layahtasib).
7. Panjang Umur
8. Orang akan kasih dan sayang.
9. Sebagai penawar penyakit jika diamalkan selalu.
10. Tidak akan dimakan gaman, kebal senjata tajam, terhindar dari bahaya.
InsyaAllah