Wednesday, August 26, 2009

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah


Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ilmu pemanis alhikmah yang berasal dari ayat al-qur'an ialah surah at-taubah. Dan surah ini memiliki banyak khasiatnya, antaranya ialah:

1. Penunduk
2. berkarisma
3. Perukun suami / isteri
4. Orang akan segan
5. penjahat akan takut melihat atau menggangu
6. Rezeki yang sempit akan di luaskan dan akan mendapat rezeki dengan tidak disangka (layahtasib).
7. Panjang Umur
8. Orang akan kasih dan sayang.
9. Sebagai penawar penyakit jika diamalkan selalu.
10. Tidak akan dimakan gaman, kebal senjata tajam, terhindar dari bahaya.

InsyaAllah

No comments:

Firefox2........

Foxkeh banners for Firefox 2

Thunderbird...

Get Thunderbird!