Saturday, October 24, 2009

D1 in Medina

Sampai ke Lapangan Terbang Kuala Terenganu lebih kurang pukul 12tghari. Pergi cari Tabung Haji...tak buka lagi.Flight dikatakan pukul 3ptg. Masih ada banyak waktu. Pergi makan kat kantin Airport air controller. ramai orang... tapi ambil syarat je la...lebih kurang pukul 2ptg, pegi kat pejabat urusetia tabung haji...jumpa PPK Azmi dan 2 petugas jururawat. Saya dibekalkan dengan jaket, tag nama, rantai pengenalan diri serta 1 bag galas dan 1 beg roda 5kg. Semua bawak kecuali bag galas, kerana dah ada dan dah diisi dgn komputer dan sebagainya. Rantai pengenalan diri diikat oleh isteri tersayang...dan insyaAllah akan dibuka juga oleh dia...

Lebih kurang pukul 3ptg, check-in. teramat sedih nak meninggalkan keluarga. menitis jugak air mata...kena pulak tgk anak2 menangis...maklum la tak pernah nak tinggal begitu lama.

Kat departure bay, jumpa Dr Azmi(sekarang MO anest HKT). ini kali ketiga beliau bertugas. Rezeki dia la...Jumpa juga Atan(physiotherapist HKT) yg juga kali kedua bagi dirinya.

bertolak dari Lapangan Terbang Kuala Terenganu pukul 7mlm dan sampai di Madinah pukul 4pagi(M'sia) atau 11mlm(Madinah). turun dari flight, tukar sim card dan cuba call wife, tapi tak dapat. hanya boleh SMS je...tak pe la...
Lepas tu pegi toilet...hanya 3 bilik air disediakan untuk jemaah lelaki...ramai kena beratur...ambil air sembahyang dan solat jamak maghrib dan isyak...Kat sini jumpa DrZairudin...dia sebagai doktor airport dan diberi lesen khas agar dapat berada di dalam balai ketibaan.
lebih kurang pukul 4.30pagi, dah masuk waktu solat subuh....ambil air sembahyang dan solat subuh dulu.

Untuk pemeriksaan kastam, perlu meletak kesepuluh jari ketempat yg disediakan dan mengambil gambar...Clear pemeriksaan kastam pukul 5pagi(Madinah). Petugas perubatan dihantar dengan ambulan dan menginap di Hotel Al-Haram....First night in Bumi Medinah...

No comments:

Firefox2........

Foxkeh banners for Firefox 2

Thunderbird...

Get Thunderbird!