Pada 2hb September 2007 aku telah menerima surat dari kementerian untuk ditugaskan di Hospital Umum Sarawak (HUS) bermula 1hb September 2007. aku dikehendaki melaporkan diri dalam tempoh 30 hari,jika tidak akan dikenakan tindakan tatatertib...aku kena tukar ke Sarawak bukannya sebab naik pangkat... aku pun tak tau kenapa...dua orang seangkatan aku dapat naik pangkat dan ditempatkan ke Kuching dan Kota Kinabalu tapi kedua-duanya tak pergi. dapat jugak naik pangkat walaupun dah tertulis dlm brg naik pangkat bahawasanya pegawai bersedia untuk ditukarkan jika naik pangkat. ini tidak berlaku, malangnya aku yang tak naik pangkat ni terpaksa pegi Sarawak pulak!!! aku pun tak faham dgn kementerian ni....
aku dah buat rayuan kat kementerian. tapi mereka kata ianya dah ditentukan oleh lembaga....kalau macam ni patut le ramai yang resign. DG dok tengah buat plan agar ramai berkhidmat dgn kerajaan, tapi kakitangannya pulak bertindak sebaliknya....tak faham aku...
walaupun kami dari golongan professional, kami bukannya berminat sangat untuk berkhidmat dalam swasta...malah rata-rata mahu berkhidmat dalam kerajaan.namun disebabkan oleh birokrasi sebegini menyebabkan ramai yang berhenti....bukan tak de patriotik, bukan tergila cari duit, tapi bosan dgn alasan-alasan yang tak logik, bosan dgn ketidak adilan, bosan dgn kebajikan yang dipinggirkan......kami juga manusia yang memerlukan duit untuk menampung keluarga....memang kami boleh cari duit lebih dgn buat part time di swasta tapi kalau kami buat begitu rasanya komitment kami kpd kerajaan juga akan berkurangan....
aku rasa matlamat DG tak akan tercapai jika birokrasi yang diamalkan oleh kakitangan kementerian sebegitu rupa tidak diselesaikan dgn segera.....
No comments:
Post a Comment