Tuesday, September 18, 2007

Opinion on posting to Sarrawak

Believe or not....
aku ada bertanya kat member-member dalam yahoogroup. mereka memberi dorongan dan semangat agar aku pegi ke sarawak dengan hati terbuka dan menyahut cabaran....banyak perkara baik yang akan diperolehi sewaktu di sana...semuanya positive....
sehinggalah ada seorang hamba Allah ni yang mengatakan seolah-olah aku dihantar ke Sarawak sebagai balasan di atas apa yg aku lakukan di Kelantan. dia mengatakan aku terbawa-bawa dgn sikap suka ambil EL sewaktu bekerja semasa belajar dan berlanjutan berlaku perkara sebegitu di tempat baru aku bekerja. dia kononnya meyarankan agar aku membuat kerja dgn bertanggungjawab..yang bestnya dia mendedahkan semua tu diforum general.so semua ahli group 'dengar' apa yang dia perkatakan. aku memang geram nak jawab habis-habis...tapi memandangkan nasihat dari para ahli lain agar aku mendiamkan diri, lagipun kalau aku crita habis...dari A sampai Z.....banyak collateral damage akan terjadi....
so aku mengambil keputusan mendiamkan diri...so biar lah beliau dgn crita-critanya....walau crita serta tuduhan tu hanya didengari dari sebelah pihak.... crita memang sedap didengar, terutama kalau crita pasal org yg tak sebulu dgn kita.........adil atau tidak terpulang kepada mereka yang membacanya...
keikhlasan, amanah, bertanggungjawab dan lain-lain HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI,moga-moga Allah memberi balasan sewajarnya.
wallahualam.

No comments:

Firefox2........

Foxkeh banners for Firefox 2

Thunderbird...

Get Thunderbird!