Wednesday, December 16, 2009

D52 in Mecca

16/12/2009
tgh hari cuba setting laptop agar boleh guna networking utk goes online...alhamdulillah,berjaya...so boleh la chat dgn wife kat M'sia.
so ber oovoo hingga pukul 3.30 ptg(M'sia 8.30mlm) so pegi rehat dan wife nak pegi ambil anak mengaji quran.

Cuba beli tiket flight tapi tak dapat...separuh jalan je...dia keluar msg

Your payment Order Reference ID: WN4J4978969570
--------------------------------------------------------------------------------
A similar order has been processed before. System are not able to process your request to prevent duplicates payment.
--------------------------------------------------------------------------------
Here’s what you can do: Please copy or save your Payment Transaction ID for reference then contact our Call Centre at 1300 88 3000 (within Malaysia) or +603 7843 3000 (outside Malaysia) and quote this number for assistance.

Selepas waktu pejabat, lebih kurang 10.30mlm, pegi ke A&E, jumpa dgn Dr Ahmad, dia ajak pegi ke kedai carpet..
kat kedai tu ada bermacam2 jenis karpet...mahal jugak tapi cantik...rasanya tak perlu beli karpet..
baik beli sejadah, boleh hadiah/sedekah kat org atau guna sendiri;
1) handmade corak - SAR60/helai - 2helai = SAR120
2) biru&brown - SAR40/helai - 2 helai = SAR80
3) sejadah kecil - SAR10/4helai - 16helai = SAR40
4) sejadah besar - SAR5/helai - 20helai = SAR100
cukup la kut untuk sourveniour kat rakan dan jiran-jiran

nak cari top up, tpi kedai dah tutup. so balik kat lobi hotel ,jumpa dgn sorang mat bangla, dia nak tolong belikan..
bagi duit SR100. Dia pegi cari, kemudian dia bagi balik SR20 : top up jawal- SAR80 => SAR100
naik kat bilik makan, minum air dan makan bubur sambil borak dgn Dr Ahmad.
lebih kurang pukul 12.30, naik kat bilik...
dekat pukul 1pg, roommate naik dgn bawa makanan, dia ajak makan sekali. so join la...sikit je...makan utk berkawan je..
dekat pukul 2pg, tidur sampai pagi..

D51 in Mecca

15/12/2009;

bangun pagilebih kurang pukul 5:45 pg. naik ke bilik hotel. Hj Jamal dah bangun...dah siap pun. Pegi mandi dan solat subuh...kemudian turun makan pagi kat FELDA....alahai roti canai la..keras pulak tu...tak pe la last day...dok tgh makan, Dr Fuaz telefon dan bagi tau nak dtg ambil pkul 8pg...alamak, tak sempat la nak siap..lepas negociate, pukul 10 akan dtg ambil...so kemas kan barang-barang personal dan dlm clinic...brg 2 pun bawak turun ke bawah kat lobi...
Semua Jemaah FELDA dah bertolak ke Madina....
Tunggu punya tunggu pkul 10.15pg, Dr Fuaz telefon dan bagi tau akan datang ambil pukul 4.30ptg...kira sekali dgn tutup clinic la...ok beres saja...so sementara clinic dah tutup, tapi tak balik lagi, pegi shopping dgn Hj Jamal dan Halim. Kali ni beli;
1) CD mengaji quran - SAR 35
2) Baju jubah anak2 - SR20/sehelai ...beli 3helai
3) Kain penutup atas kepala wanita - SAR50 utk 6 helai
4) Jubah lelaki Harmain - SAR45/helai - 10helai
dok tgh shopping, dah azan zohor...so stop shopping and balik hotel...
cukup la kut...nak beli jubah utk isteri tersayang...tapi tak de yg sesuai la...

lepas solat, Balik clinic, tido jap...lepas bgn, memandangkan semua dah packing, oovoo dgn wife...kemudian Halim ajak mkn tghari...makan burger and ayam goreng...byk jugak...siap makan, balik clinic oovoo dgn wife lagi..
lebih kurang pkul 5ptg, ambulan dtg...so angkat semua brg ke dlm ambulan
sampai janadriah about 5.30ptg...pegi pos 3 kotak balik ke rumah:
1) CB143165101MY = 5.0kg-->SR55
2)CB143165092MY = 9.6kg-->SR110
3)CB143165089MY = 3.4kg-->SR44
total SR 209. katanya paling lama 2minggu.

lepas tu terus naik ke Maktab 76...bag 5kg,baldi dan sabun, bag komputer. 1beg besar telah hantar ke PRS.
Sampai kat maktab..pegi bilik dulu, letak barang2. Sebelah clinic je..bilik luas...ada 5 katil tapi hanya kami berdua je...sorang lagi MA Cameron highland Zulkifli Zakaria tapi asal Kelantan.

Letak je bag, terus pegi clinic, rawat pesakit...sekejap pah tu dah masuk waktu solat maghrib...berhenti solat jap kat surau tingkat bawah..lepas tu makan malam...kemudian pegi ke A&E...saja pegi melihat keadaan je...ok la selesa jugak...lepas solat isyak naik ke clinic...habis clinic pukul 10mlm. Pegi basuh baju...guna mesin basuh kat tingkat 1...jemur baju dlm bilik. Lebih kurang pukul 12mlm,masuk tido...tak de apa lagi boleh buat...

Monday, December 14, 2009

D50 in Mecca

14/12/2009;

Pagi ni semua jemaah SMAS telah check out dari Hotel Al-Saha dan menuju ke Madinah pulak..untuk 8-9 hari...sebelum berangkat balik ke M'sia..saya tak pergi hantar dia org...dok kat clinic je...

Salah seorang medical officer di Pusat Rawatan Syisyah(PRS) telefon dan meminta agar datang buat ultrasound di PRS untuk seorang pt. OK no problem. Ambulan akan dtg ambil lepas zohor. tgu punya tunggu, ambulan sampai dah dekat asar...so tak boleh masuk dekat hotel...kena la jalan sikit..sampai PRS lebih kurang pkul 4ptg...tunggu pulak pt turun bilik ultrasound..lambatnya..dekat 4.30ptg baru boleh buat...no feature to suggest obstructive jaundice..lepas tu tunggu pulak ambuln utk hantar balik ke hotel al-saha...tak de pulak pemandu. dah keluar ambil pt...so kena tunggu...sampai masuk waktu maghrib...pegi solat maghrib berjemaah di roof top..la mlm ni ada jamuan nasi mandi-kambing lepas solat isyak...hajat nak balik jugak sbb takut pt ramai...kesian pulak kat hj Jamal...tapi lepas tu Dr Fuaz pulak info ada satu lagi pt untuk buat ultrasound...katanya pt akan sampai pukul 7.30mlm...so tunggu la...info kat hj jamal yg ada pt lagi utk buat ultrasound...lebih kurang 7.40mlm, pt sampai dgn Dr helmi...la biar dia buat la ultrasound tu lagi pun dia tau pasal pt tu...memandangkan dah masuk isyak, pegi solat isyak dulu...lepas solat, makan nasi mandi dulu...banyaknya...satu dulang makan 3 org...tak habis... lepas tu Dr Fuaz inform yang mulai esok kena kerja kat Janadriah(maktab 76) ganti Dr Helmi sbb dia kena balik M'sia accompany patient...ish ruginya...tapi tak pe la...sabar...dah 2 bulan boleh bersabar, tak kan 2 minggu tak leh pulak...sabar...
so inform wife yg kena keja tempat baru...belum tentu lagi ada free line ke tak...kalau ada,boleh la oovoo lagi...kalau tak, kena guna HP je atau broadband mobily...
lebih kurang pukul 9.30mlm, sampai ke al-saha...beberapa barang pun diangkut dengan ambulan...
kemudian halim dan manan (pengurusan al-saha) dan ustaz azhar(FELDA) ajak makan nasi mandi jugak...pegi la makan...sikit je...ambil syarat makan sbb org ajak...
lepas tu naik kat bilik dan basuh beberapa helai kain, memandangkan esok nak kena keja tempat lain pulak....
lebih kurang pukul 12 mlm...oovoo dgn wife...kejutkan dia dari tidur...terpaksa dia bgn...kat M'sia pukul 5 pg...kesian..tapi dia sanggup bgn utk chat&show...alhamdulillah dapat bini mcm ni yg sanggup berkorban utk husband dia...lebih kurang pukul 1.30 pg tidur...last tidur di al-saha...tidur kat dlm clinic..

Sunday, December 13, 2009

D49in Mecca

D49 in Mecca

Kejadian mengejutkan;

1. Pesakit yang dirujuk semalam ke Pusat Rawatan Syisyah telah dirujuk ke Hospital Arab dan meninggal. Dikatakan mendapat heart block secondary to AMI.

2. Diberitahu bahawa penerbangan pulang adalah pada 28/12/2009. Telah telefon kpd kawan satu sekolah menengah dulu dan minta tolong agar boleh menukar penerbangan disebabkan pada 27/12 anak nak start sekolah dan wife pulak kena lapor diri ke USM. Harap-harap dia dapat tolong.

3. Isi SKT bagi petugas perubatan sewaktu bertugas di tanah air. Kena buat penilaian kepada org bawahan iaitu PPP. bagi markah baik serta komen yang baik spt mencadangkan agar dipilih mengikuti rombongan perubatan di masa hadapan.

Monday, October 26, 2009

D3 in Medina

26/10/2009;

hari ni pegi ke pusat Rawatan Alaudin, salah sebuah hospital Malaysia di Madina. Kat sini, petugas perubatan yang baru diberi taklimat mengenai tempat bertugas di Madinah serta tanggungjawab masing2.

Saya ditempatkan di klinik di Hotel Movenpick iaitu Klinik Zon 2, salah satu dari klinik malaysia di Madinah. Satu lagi terletak di Hotel Al-Haram(zon 1)...tapi saya tinggal di hotel al-Haram

Sunday, October 25, 2009

D2 in Medina



25/10/2009;

sewaktu sampai di Hotel Al-Haram,jumpa dengan Hj Karim, petugas kebajikan TH yang sama-sama mengikuti kursus teras TH di Kuala Lumpur. Dia ditempatkan di hotel Al-Haram.

Waktu pagi, sarapan pagi dengan dia. Lepas tu dia bawak pegi jalan2 keliling Madinah...sampai ke Masjid Nabawi...Alhamdulillah, sampai jugak ke masjid nabi..

Selepas keliling masjid nabawi, balik ke hotel dan tidur.

Saturday, October 24, 2009

D1 in Medina

Sampai ke Lapangan Terbang Kuala Terenganu lebih kurang pukul 12tghari. Pergi cari Tabung Haji...tak buka lagi.Flight dikatakan pukul 3ptg. Masih ada banyak waktu. Pergi makan kat kantin Airport air controller. ramai orang... tapi ambil syarat je la...lebih kurang pukul 2ptg, pegi kat pejabat urusetia tabung haji...jumpa PPK Azmi dan 2 petugas jururawat. Saya dibekalkan dengan jaket, tag nama, rantai pengenalan diri serta 1 bag galas dan 1 beg roda 5kg. Semua bawak kecuali bag galas, kerana dah ada dan dah diisi dgn komputer dan sebagainya. Rantai pengenalan diri diikat oleh isteri tersayang...dan insyaAllah akan dibuka juga oleh dia...

Lebih kurang pukul 3ptg, check-in. teramat sedih nak meninggalkan keluarga. menitis jugak air mata...kena pulak tgk anak2 menangis...maklum la tak pernah nak tinggal begitu lama.

Kat departure bay, jumpa Dr Azmi(sekarang MO anest HKT). ini kali ketiga beliau bertugas. Rezeki dia la...Jumpa juga Atan(physiotherapist HKT) yg juga kali kedua bagi dirinya.

bertolak dari Lapangan Terbang Kuala Terenganu pukul 7mlm dan sampai di Madinah pukul 4pagi(M'sia) atau 11mlm(Madinah). turun dari flight, tukar sim card dan cuba call wife, tapi tak dapat. hanya boleh SMS je...tak pe la...
Lepas tu pegi toilet...hanya 3 bilik air disediakan untuk jemaah lelaki...ramai kena beratur...ambil air sembahyang dan solat jamak maghrib dan isyak...Kat sini jumpa DrZairudin...dia sebagai doktor airport dan diberi lesen khas agar dapat berada di dalam balai ketibaan.
lebih kurang pukul 4.30pagi, dah masuk waktu solat subuh....ambil air sembahyang dan solat subuh dulu.

Untuk pemeriksaan kastam, perlu meletak kesepuluh jari ketempat yg disediakan dan mengambil gambar...Clear pemeriksaan kastam pukul 5pagi(Madinah). Petugas perubatan dihantar dengan ambulan dan menginap di Hotel Al-Haram....First night in Bumi Medinah...

Firefox2........

Foxkeh banners for Firefox 2

Thunderbird...

Get Thunderbird!