Sunday, March 9, 2008

KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE-12 2008

70 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya umum

KUALA LUMPUR: Hampir 70 peratus daripada 10.9 juta pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi dalam pilihan raya umum selepas pengundian di seluruh negara ditutup pada 5 petang ini, kecuali di tiga lokaliti di Sarawak. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata Kelantan mencatatkan jumlah peratusan pengundi keluar mengundi yang tertinggi iaitu 81 peratus. Terdapat 79 peratus pengundi yang keluar mengundi di Terengganu manakala kerusi Parlimen Putrajaya mencatatkan 81 peratus.


Ini Keputusan pilihan raya umum ke 12 yang dijalankan pada 08.03.08

source....Berita Harian online....

BN menang majoriti mudah
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-12 apabila memperoleh 132 kerusi Parlimen pada jam 3 pagi ini bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Bagaimanapun, gabungan 14 parti itu menerima kejutan apabila pembangkang menang di lima negeri, manakala beberapa pemimpin parti komponen, menteri dan timbalan menteri gagal mempertahankan kerusi mereka......
.

4 menteri, 10 timbalan tewas
KUALA LUMPUR: Datuk Seri S Samy Vellu(Menteri Kerja Raya & Presiden MIC), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon(Pemangku Presiden Gerakan) , Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah) , Datuk Seri Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat),


Turut tewas, 10 timbalan menteri termasuk , Datuk M Kayveas (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Tan Chai Ho (Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Datuk Mah Siew Keong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Zainal Abidin Osman (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah) , Datuk Dr Awang Adek Hussin(Timbalan Menteri Kewangan) , Datuk G Palanivel (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat &Timbalan Presiden MIC ), Datuk Fu Ah Kiow (Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, ) , Datuk Seri Chia Kwang Chye (Timbalan Menteri Penerangan &Setiausaha Agung Gerakan), Datuk S Sothinathan(Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar &Naib Presiden MIC), Datuk Zainal Abidin Zin(Timbalan Menteri Pertahanan),
.
... di Kedah....
Pesuruhjaya PAS dijangka dilantik MB baru Kedah
ALOR STAR: Pesuruhjaya PAS Kedah Azizan Abdul Razak dijangka dilantik sebagai Menteri Besar yang baru setelah pakatan pembangkang berjaya menawan kerajaan negeri ini. Buat pertama kalinya Kedah mempunyai seorang wakil rakyat Bebas, akan menyaksikan pentadbiran sebuah kerajaan campuran dan Umno pula muncul sebagai pembangkang. PAS yang mewakili majoriti kaum Melayu memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan parti pelbagai kaum memenangi empat kerusi DUN. DAP dan calon Bebas masing-masing mempunyai satu kerusi manakala baki 14 kerusi dimenangi oleh BN. Sebelum pilihan raya umum semalam, Barisan Nasional (BN) menguasai 31 daripada 36 kerusi DUN. Penyokong PAS beranggapan dari segi hiraki Azizan paling layak berdasarkan kedudukannya sebagai pesuruhjaya PAS negeri dan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah sebelum ia dibubarkan pada 24 Feb lepas....
.
....Pulau Pinang
DAP bentuk kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama PKR
PULAU PINANG: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti pembangkang di Pulau Pinang memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan keputusan ini membolehkan mereka mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional. Beliau berkata DAP menang 19 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen yang ditandinginya. Parti Keadilan Rakyat menang empat kerusi DUN dan empat Parlimen. Ini bermakna DAP dan PKR secara kolektif menguasai 11 kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Lim berkata ia akan menjadi kerajaan bagi semua rakyat Malaysia - Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. “Kami tidak akan memerintah bersendirian tetapi bersama-sama dengan PKR. Kami juga berharap wakil rakyat PAS (juga) boleh membantu kerajaan ini,” katanya pada sidang media pagi ini.....
.
...di Perak
Pembangkang tubuh kerajaan di Perak
IPOH: Parti pembangkang DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisytiharkan pakatan bagi membentuk kerajaan negeri yang baru di Perak selepas memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum kali ini. DAP menang 18 kerusi, PKR 7 dan PAS 6, manakala Barisan Nasional (BN) yang menyandang 52 kerusi pada pilihan raya umum lepas, hanya menang di 28 kerusi. Persetujuan membentuk kerajaan gabungan tiga parti itu diumumkan pada sidang akhbar bersama oleh ketiga-tiga pengerusi negeri PAS, DAP dan PKR, di pejabat DAP negeri di sini pagi ini.....
.
...di Kelantan....
Pas menang besar di Kelantan
KOTA BHARU: Pas Kelantan mencatat keputusan luar jangkaan pada Pilihan Raya Umum kali ini apabila memenangi sembilan kerusi Parlimen berbanding lima dimenanginnya pada pilihan raya umum 2004. Kerusi parlimen dimenangi Pas kali ini ialah Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Pas juga memenangi 38 kerusi DUN, pertambahan sebanyak 15 kerusi berbanding 23 dikuasainya pada penggal lalu.
Barisan Nasional (BN) jauh ketinggalan dengan hanya memenangi enam kerusi DUN iaitu Kuala Balah, Paloh, Nenggiri, Kok Lanas, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.....
.
sources from UtusanOnline pula menyatakan....
3 negeri dirampas -- * Pembangkang tawan P. Pinang, Selangor, Kedah * Perak kritikal
KUALA LUMPUR 9 Mac – Barisan Nasional (BN) bagai dilanda ‘tsunami’ pada Pilihan Raya Umum Ke-12 apabila secara mengejut kehilangan tiga negeri – Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, selain gagal menawan Kelantan........Mengikut rekod, Kedah dan Selangor tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang. Pulau Pinang pernah berada di bawah Gerakan yang ketika itu sebuah parti pembangkang pada tahun 1969. Pemerhati politik menyifatkan senario ini sebagai ‘satu sentimen nasional’ yang ditunjukkan secara padu oleh para pengundi dalam pilihan raya hari ini.Menurut mereka, beberapa isu rakyat dimainkan pembangkang terutama soal kenaikan harga barang dan beberapa isu lain membabitkan polisi kerajaan, menjadi faktor utama fenomena itu berlaku. Antara faktor penyebab lain, menurut mereka, ialah krisis dalam BN sendiri, khususnya UMNO yang dikatakan memboikot calon sendiri akibat perebutan kerusi. BN turut kehilangan pengaruh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur apabila semua kerusi Parlimennya disapu bersih pembangkang kecuali Setiawangsa yang dipertahankan oleh Datuk Seri Zulhasnan Rafique...........Paling mengejutkan ialah kejatuhan Selangor kepada pakatan pembangkang yang diterajui Pas dan Tan Sri Khalid Ibrahim dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor. Menurut keputusan tidak rasmi, DAP menguasai 14 DUN Selangor, PKR (11) dan Pas (9). BN hanya memperoleh 21 daripada 56 DUN Selangor....
.
KE MANA HALA TUJU MALAYSIA?....SEMOGA SENTIASA AMAN DAN BEKERJASAMA MEMAJUKAN NEGARA TERCINTA...

Friday, March 7, 2008

Pre Election in Sarawak

Few areas in Kuching Sarawak....



Thursday, March 6, 2008

Pre Election in Kelantan

Few areas in Kota Bharu Kelantan....



Firefox2........

Foxkeh banners for Firefox 2

Thunderbird...

Get Thunderbird!